MUNGKIN ramai di antara kita menolak untuk menikmati secawan teh hijau berbanding teh tarik kerana tidak biasa atau mungkin berasa kurang selesa pada aroma yang sedikit berbau berbanding teh yang lain.
Namun tahukah anda teh hijau mempunyai pelbagai khasiat terutama mengaktifkan metabolisme tubuh selain memberi tenaga. Malah ramai berpendapat teh hijau mampu menurunkan berat badan sekiranya diminum secara berkala setiap hari.
Teh hijau adalah di antara olahan teh yang sangat popular di Asia Timur terutama di Jepun. Malah penduduk dunia yang paling panjang umurnya ditemui berada di pulau Okinawa, Jepun dan didapati ramai penduduknya berusia melebihi 100 tahun malah mereka jarang dijangkiti penyakit. Ini kerana mereka menjadikan minuman ocha iaitu sejenis teh hijau sebagai minuman harian.
Pada dasarnya bahan pembuatan teh hijau tidak mempunyai perbezaan dengan jenis tanaman teh lain namun teh yang berasal daripada pokok Camelia Sinesis mempunyai cara pengolahan berbeza berbanding teh hitam atau merah yang selepas dipetik akan dikeringkan kemudian mengalami proses pengoksidaan selama enam minggu.
Pada dasarnya bahan pembuatan teh hijau tidak mempunyai perbezaan dengan jenis tanaman teh lain namun teh yang berasal daripada pokok Camelia Sinesis mempunyai cara pengolahan berbeza berbanding teh hitam atau merah yang selepas dipetik akan dikeringkan kemudian mengalami proses pengoksidaan selama enam minggu.
Berbeza dengan teh hijau, sebelum dikeringkan daun teh yang baru dipetik dikukus terlebih dulu sehingga peringkat oksidasinya berada pada tahap paling minimum.
Menurut Journal Amerika berdasar kajian klinikal Nutrisi mendedahkan ekstrak teh hijau dikenal pasti memberi manfaat untuk mengaktifkan metabolisme dan meningkatkan tenaga. Ini kerana ia mengandungi sejenis bahan polyphenois katekin dalam jumlah yang besar dan mampu membakar lemak sehingga empat peratus dalam tempoh 24 jam selepas meminum teh hijau.
Malah minuman berkhasiat ini membantu mengatur (mengawal) glukosa, karbohidrat dan mengurangkan peningkatan gula dalam darah sekiranya diambil selepas makan.
Hasil kajian Universiti Chicago pada tikus yang disuntik ekstrak teh hijau selama tujuh hari mendapati teh ini mempunyai hubung kait dengan penurunan nafsu makan. Tikus yang disuntik itu makan kurang sehingga 60 peratus daripada biasa.
Walaupun terbukti berkhasiat untuk menurunkan berat badan, namun dengan hanya meminum teh hijau saja tidak akan memberikan hasil yang diinginkan tanpa melakukan senaman atau makan mengikut piramid makanan.
Ini kerana untuk mengurangkan lemak sebanyak setengah kilogram seminggu, seseorang itu harus mengurangkan jumlah kalori sebanyak 3,500 kalori. Ini bermakna dengan minum lima cawan teh hijau sehari ia akan hanya membakar 70 hingga 80 kalori sehari dan masih belum mampu mencapai tujuan asal. Oleh itu di samping mengamalkan teh hijau anda juga harus melakukan senaman secara teratur serta mengikut pola makan yang sihat.
Namun begitu teh hijau masih mempunyai banyak kelebihan berbanding teh lain antaranya:
Mengurangkan risiko kanser
Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser. Ia mencegah pertumbuhan sel tidak normal ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dijalankan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat.
Mengatasi bengkak mata
Oleh kerana ia mengandungi antioksida yang tinggi, dengan mengambil dua kantung teh hijau yang sudah digunakan dan diletakkan pada mata selama 10 minit mampu mengatasi masalah bengkak mata. Malah mata menjadi segar dan cerah.
Antiseptik kulit
Kandungan semula jadi antiseptik pada teh hijau mampu mengurangkan kegatalan dan bengkak pada kulit; juga luka serta terbakar akibat pancaran matahari.
Ini boleh dilakukan dengan meletakkan sedikit teh hijau pada luka atau tempat yang terkena gigitan haiwan.
Melindungi kulit
Produk mengandungi ekstrak teh hijau mampu melindungi kulit daripada masalah jerawat, gatal dan radang kulit.
Menurunkan tekanan darah
Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal.
Menguatkan daya ingatan
Dengan meminum teh hijau dua gelas sehari dikatakan mampu menguatkan daya ingatan anda.
Awet Muda
Kandungan vitamin E membuatkan kulit lebih muda. Selain itu minuman ini juga membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
No comments:
Post a Comment