Saturday, 19 January 2013

HanS HerbS ResOurces: HanS HerbS ResOurces: KHASIAT ROSELLE

HanS HerbS ResOurces: HanS HerbS ResOurces: KHASIAT ROSELLE: HanS HerbS ResOurces: KHASIAT ROSELLE : R oselle  (hibiscus sabdariffa) , atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat...

HanS HerbS ResOurces: HanS HerbS ResOurces: KHASIAT ROSELLE

HanS HerbS ResOurces: HanS HerbS ResOurces: KHASIAT ROSELLE: HanS HerbS ResOurces: KHASIAT ROSELLE : R oselle  (hibiscus sabdariffa) , atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat...

HanS HerbS ResOurces: HanS HerbS ResOurces: tongkat ali

HanS HerbS ResOurces: HanS HerbS ResOurces: tongkat ali: HanS HerbS ResOurces: tongkat ali : Tongkat Ali atau nama saintifiknya " Eurycoma Longifolia " acap kali dikaitkan dengan menguatkan tenaga ...

HanS HerbS ResOurces: tongkat ali

HanS HerbS ResOurces: tongkat ali: Tongkat Ali atau nama saintifiknya " Eurycoma Longifolia " acap kali dikaitkan dengan menguatkan tenaga batin. Terutamanya buat kaum Ada...

HanS HerbS ResOurces: KHASIAT ROSELLE

HanS HerbS ResOurces: KHASIAT ROSELLE: R oselle  (hibiscus sabdariffa) , atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vita...

KHASIAT ROSELLE









R
oselle 
(hibiscus sabdariffa), atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vitamin C melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus). Vitamin C merupakan anti-oksidan yang terbaik bagi mencegah kerosakan sel hasil dari proses oksidatif dan tindakbalas kimia dalam tubuh. Ia juga sejenis vitamin larut air. Sekiranya diambil berlebihan ia akan dikumuhkan melalui air kencing sahaja.


Roselle tumbuh meliar dengan banyaknya di Sudan. Antara kelebihan Roselle adalah :
1. Anti-penuaan (anti-aging)
Banyak saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia meminimakan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.

2. Pencegahan penyakit kardiovaskular 
Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Dikenali sebagai ‘the silent killer’. Proses oksidan juga menyebabkan kolesterol LDL1 menebal di arteri2menyebabkan berlaku kesumbatan arteri. Ini menyebabkan terjadinya penyakitarteriosklerosis3 dan trombosis4 yang membawa maut. Ia juga menjadi punca penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegahan kanser 
Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan industri terdedah kepada pelbagai pencemaran radiasi, makanan, air dan udara. Risiko terjadinya kanser amat tinggi. Pengambilan Roselle amat baik untuk tujuan pencegahan terutama kansergastrointestinal. Mereka yang sering terdedah kepada asap rokok dan pencemaran udara perlu mengambil Roselle sebagai usaha pencegahan penyakit ini.

4. Demam panas dan selsema terutama pada anak-anak kecil 
Roselle cepat meredakan panas badan. Daun dan buahnya yang segar boleh dibuatpenjaram5, di samping diminum sebagai jus. Rasanya yang masam-masam manis menjadi kegemaran tua dan muda, khasnya anak-anak.

5. Resdung (alergi) dan asma (lelah)
Mempercepatkan proses kesembuhan terutama bersin pagi, mata berair, hidung tersumbat serta gatal-gatal muka adalah menjadi tugas Roselle. Pengambilan bersama herba anti-histamin seperti coscinium plus menambahkan lagi kesan penyembuhan. Roselle juga dipercayai mampu menghilangkan asma serta alergi jika diamalkan berterusan.

6. Stress atau sukar tidur (insomnia) 
Stress merupakan masalah rutin masyarakat hari ini. Mereka yang stress kronik perlu mengambil 4–5 biji Roselle setiap hari sebelum tidur. Ia akan bertindak menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Bertindak sebagai ‘penenang’, ia juga mengurangkan dengkur kuat semasa tidur. Roselle juga digunakan sebagai pengubat luka, selepas pembedahan, kecederaan dan lain-lain lagi.


Glosari:
1 Kolesterol LDL - juga dikenali sebagai kolesterol 'jahat'
2 Arteri - saluran darah berotot yang membawa darah keluar dari jantung
Arteriosklerosis - penebalan dinding pembuluh nadi dengan akibat hilangnya kelenturan pembuluh nadi
Trombosis - penyakit yang disebabkan oleh penggumpalan darah yang terjadi di otak (cerebral stroke) mahupun di jantung (myocardial infaction) yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian
Penjaram - sejenis kuih tradisi suku kaum Bajau di Sabah

KHASIAT TUNJUK LANGIT


Khasiat Tunjuk Langit


Swietenia merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772). Genus ini telah diperkenalkan kepada beberapa buah negara Asia sebagai gantian sumber kayu mahogany apabila ia telah dihadkan dinegara asalnya pada penghujung 1990-an. Fiji dan India adalah pengeksport terbesar perladangan mahoni.

Buah Swietenia macrophylla dipanggil sebagai "buah tunjuk langit", kerana ia seolah-olah tergantung terbalek diatas pokok. Pati sari buah tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang dikatakan dapat meningkat peredaran darah dan kulit. Ia juga dikatakan mempunyai sifat seperti Viagra mengenai disfungsi erektil. Penggunaan pekat buah langit yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada tahun 1996, sekumpulan pakar teknologi Bio-Kimia dari Amerika Syarikat telah berjaya menperolehi suatu penemuan yang penting tentang SKY FRUIT, iaitu ia mengandungi kandungan Flavonoids dan Saponins yang tinggi.

Tumbuhan ini terkenal sebagai penawar sakit lemah syahwat iaitu dengan cara meminum air rebusan keseluruhan tanaman tersebut. Dalam pembuatan ubat-ubatan tradisional untuk penyakit batuk rejang, paku-pakis ini sangat penting kerana rizomnya apabila ditumbuk sampai halus serta dikunyah dengan buah pinang dan seterusnya dimakan dapat mengubat penyakit tersebut. Akarnya pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit disentri iaitu dengan meminum air rebusan daripada akar tersebut yang telah ditumbuk halus.

BAHAN AKTIF PENTING UNTUK KESIHATAN DALAM BIJI TUNJUK LANGIT

1.   FLAVONOID

Flavonoid seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan. Ia.adalah kompaun phenolic yang terdiri daripada lima belas karbon yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan tanah, termasuk bryophytes (hornworts, liverworts, lumut) dan tumbuhan vaskular (paku-pakis, gymnosperms, dan angiosperms). Terdapat lima jenis utama flavonoid:

i)   anthocyanin,
ii)  flavones,
iii) flavonols,
iv) isoflavonoids, dan
v)  proanthocyanidins.

Flavonoid–falvonoid ini semua disintesiskan kedalam satu sitoplasma (cytoplasm) dan kemudiannya dikumpul kesatu tumpukan (vacuoles) kecil yang dicantumkan (fius) dengan tumpukan pusat dalam kedua-dua lapisan kulit (epidermis) dan tisue luaran (korteks).

Fungsi asal flavonoid dalam sel-sel tumbuhan adalah sebagai pertahanan, memberikan perlindungan terhadap serangan serangga, kulat, dan virus dan untuk dimakan oleh herbivor invertebrat dan vertebrat. Melalui evolusi masa, fungsi tumbuhan menjadi pelbagai. Pigment /Warna (Anthocyanins) dalam tisu bunga dan sayuran merangkumi pelbagai warna dari kuning hingga ke biru. Ia yang ditemui didalam kelopak dan butiran debunga bunga menarik serangga pendebunga dan burung yang melawat untuk mencari makanan.

Flavonoid didalam sel-sel kulit luaran (epidermal cells), seperti flavones dan flavonols yang jelas kelihatan tanpa berwarna, berkhidmat sebagai perisai ultraungu (ultraviolet shields) bagi sel-sel asas. Asas utama rantai polymer flavonoids (Proanthocyanidins) berkumpul dalam vacuoles sel-sel kortikal, kot benih dan tisu sekunder seperti kulit kayu, di mana mereka membentuk campuran pigmen hitam coklat kemerahan yang dipanggil tannin pekat dalam dinding. Isoflavonoids dan flavones dirembeskan ke dalam lapisan tanah sekitar dan berfungsi sebagai isyarat dalam interaksi antara akar tumbuhan dan bakteria pengikat nitrogen untuk membentuk ketulan (nodules). Semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan neningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo Biloba dan Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi dalam buah Tunjuk Langit mengandungi enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti pengoksidaan.


-   Melancarkan pengaliran darah terutamanya mencegah saluran darah daripada tersumbat-Mengurangkan kandungan tahap kolestrol serta mengurangkan penimbunan lemak pada dinding saluran darah.

Keadaan isi buah tunjuk langit

-   Mengurangkan kadar risiko penyakit koronari jantung.

-    Tindakan anti-inflamasi yang berkesan, menggalakkan pertumbuhan anti inflamasi dalam system tubuh badan yang berkenaan.

-   Membantu mengurangkan kesakitan, pendarahan, lebam dan juga mengurangkan kecederaan tisu baban.

-   Bertindak sebagai anti pengoksidaan.-Mempunyai fungsi penyingkiran Radikal Bebas (Free Radical)

2. SAPONINS

Saponins seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah. Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .Enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Tunjuk Langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana meningkatkan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah. Kandungan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjung dunia iaitu herba Ginseng Panax.

-   Menjadi agen penghalang penyakit barah dan mengurangkan lemak badan / kolestrol.-Meningkatkan system imuniti dan mempertingkatkan kecergasan.

-   Mengurangkan pembekuan darah dan tahap gula dalam darah.

-   Menguatkan fungsi jantung dan melambatkan proses pembekuan darah. Di samping itu, SKY FRUIT juga mengandungi pelbagai sumber semulajadi seperti protiem, mineral, vitamin, enzim, karbohidrat, asid lemak perlu dan beberapa zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan.

Keistimewaan SKY FRUIT adalah kandungan semula jadi yang diperolehi mudah terhadam dan diserap oleh tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.

3.   BITTER ALKOLOIDS

BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan. Ia juga adalah unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Biji Tunjuk Langit adalah pahit jika dimakan begitu saja. Rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkoloids yang tinggi di mana ini membuatkan darah di dalam badan terasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.