Saturday 19 January 2013

HanS HerbS ResOurces: HanS HerbS ResOurces: KHASIAT ROSELLE

HanS HerbS ResOurces: HanS HerbS ResOurces: KHASIAT ROSELLE: HanS HerbS ResOurces: KHASIAT ROSELLE : R oselle  (hibiscus sabdariffa) , atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat...

HanS HerbS ResOurces: HanS HerbS ResOurces: KHASIAT ROSELLE

HanS HerbS ResOurces: HanS HerbS ResOurces: KHASIAT ROSELLE: HanS HerbS ResOurces: KHASIAT ROSELLE : R oselle  (hibiscus sabdariffa) , atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat...

HanS HerbS ResOurces: HanS HerbS ResOurces: tongkat ali

HanS HerbS ResOurces: HanS HerbS ResOurces: tongkat ali: HanS HerbS ResOurces: tongkat ali : Tongkat Ali atau nama saintifiknya " Eurycoma Longifolia " acap kali dikaitkan dengan menguatkan tenaga ...

HanS HerbS ResOurces: tongkat ali

HanS HerbS ResOurces: tongkat ali: Tongkat Ali atau nama saintifiknya " Eurycoma Longifolia " acap kali dikaitkan dengan menguatkan tenaga batin. Terutamanya buat kaum Ada...

HanS HerbS ResOurces: KHASIAT ROSELLE

HanS HerbS ResOurces: KHASIAT ROSELLE: R oselle  (hibiscus sabdariffa) , atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vita...

KHASIAT ROSELLE









R
oselle 
(hibiscus sabdariffa), atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vitamin C melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus). Vitamin C merupakan anti-oksidan yang terbaik bagi mencegah kerosakan sel hasil dari proses oksidatif dan tindakbalas kimia dalam tubuh. Ia juga sejenis vitamin larut air. Sekiranya diambil berlebihan ia akan dikumuhkan melalui air kencing sahaja.


Roselle tumbuh meliar dengan banyaknya di Sudan. Antara kelebihan Roselle adalah :
1. Anti-penuaan (anti-aging)
Banyak saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia meminimakan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.

2. Pencegahan penyakit kardiovaskular 
Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Dikenali sebagai ‘the silent killer’. Proses oksidan juga menyebabkan kolesterol LDL1 menebal di arteri2menyebabkan berlaku kesumbatan arteri. Ini menyebabkan terjadinya penyakitarteriosklerosis3 dan trombosis4 yang membawa maut. Ia juga menjadi punca penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegahan kanser 
Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan industri terdedah kepada pelbagai pencemaran radiasi, makanan, air dan udara. Risiko terjadinya kanser amat tinggi. Pengambilan Roselle amat baik untuk tujuan pencegahan terutama kansergastrointestinal. Mereka yang sering terdedah kepada asap rokok dan pencemaran udara perlu mengambil Roselle sebagai usaha pencegahan penyakit ini.

4. Demam panas dan selsema terutama pada anak-anak kecil 
Roselle cepat meredakan panas badan. Daun dan buahnya yang segar boleh dibuatpenjaram5, di samping diminum sebagai jus. Rasanya yang masam-masam manis menjadi kegemaran tua dan muda, khasnya anak-anak.

5. Resdung (alergi) dan asma (lelah)
Mempercepatkan proses kesembuhan terutama bersin pagi, mata berair, hidung tersumbat serta gatal-gatal muka adalah menjadi tugas Roselle. Pengambilan bersama herba anti-histamin seperti coscinium plus menambahkan lagi kesan penyembuhan. Roselle juga dipercayai mampu menghilangkan asma serta alergi jika diamalkan berterusan.

6. Stress atau sukar tidur (insomnia) 
Stress merupakan masalah rutin masyarakat hari ini. Mereka yang stress kronik perlu mengambil 4–5 biji Roselle setiap hari sebelum tidur. Ia akan bertindak menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Bertindak sebagai ‘penenang’, ia juga mengurangkan dengkur kuat semasa tidur. Roselle juga digunakan sebagai pengubat luka, selepas pembedahan, kecederaan dan lain-lain lagi.


Glosari:
1 Kolesterol LDL - juga dikenali sebagai kolesterol 'jahat'
2 Arteri - saluran darah berotot yang membawa darah keluar dari jantung
Arteriosklerosis - penebalan dinding pembuluh nadi dengan akibat hilangnya kelenturan pembuluh nadi
Trombosis - penyakit yang disebabkan oleh penggumpalan darah yang terjadi di otak (cerebral stroke) mahupun di jantung (myocardial infaction) yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian
Penjaram - sejenis kuih tradisi suku kaum Bajau di Sabah

KHASIAT TUNJUK LANGIT


Khasiat Tunjuk Langit


Swietenia merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772). Genus ini telah diperkenalkan kepada beberapa buah negara Asia sebagai gantian sumber kayu mahogany apabila ia telah dihadkan dinegara asalnya pada penghujung 1990-an. Fiji dan India adalah pengeksport terbesar perladangan mahoni.

Buah Swietenia macrophylla dipanggil sebagai "buah tunjuk langit", kerana ia seolah-olah tergantung terbalek diatas pokok. Pati sari buah tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang dikatakan dapat meningkat peredaran darah dan kulit. Ia juga dikatakan mempunyai sifat seperti Viagra mengenai disfungsi erektil. Penggunaan pekat buah langit yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada tahun 1996, sekumpulan pakar teknologi Bio-Kimia dari Amerika Syarikat telah berjaya menperolehi suatu penemuan yang penting tentang SKY FRUIT, iaitu ia mengandungi kandungan Flavonoids dan Saponins yang tinggi.

Tumbuhan ini terkenal sebagai penawar sakit lemah syahwat iaitu dengan cara meminum air rebusan keseluruhan tanaman tersebut. Dalam pembuatan ubat-ubatan tradisional untuk penyakit batuk rejang, paku-pakis ini sangat penting kerana rizomnya apabila ditumbuk sampai halus serta dikunyah dengan buah pinang dan seterusnya dimakan dapat mengubat penyakit tersebut. Akarnya pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit disentri iaitu dengan meminum air rebusan daripada akar tersebut yang telah ditumbuk halus.

BAHAN AKTIF PENTING UNTUK KESIHATAN DALAM BIJI TUNJUK LANGIT

1.   FLAVONOID

Flavonoid seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan. Ia.adalah kompaun phenolic yang terdiri daripada lima belas karbon yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan tanah, termasuk bryophytes (hornworts, liverworts, lumut) dan tumbuhan vaskular (paku-pakis, gymnosperms, dan angiosperms). Terdapat lima jenis utama flavonoid:

i)   anthocyanin,
ii)  flavones,
iii) flavonols,
iv) isoflavonoids, dan
v)  proanthocyanidins.

Flavonoid–falvonoid ini semua disintesiskan kedalam satu sitoplasma (cytoplasm) dan kemudiannya dikumpul kesatu tumpukan (vacuoles) kecil yang dicantumkan (fius) dengan tumpukan pusat dalam kedua-dua lapisan kulit (epidermis) dan tisue luaran (korteks).

Fungsi asal flavonoid dalam sel-sel tumbuhan adalah sebagai pertahanan, memberikan perlindungan terhadap serangan serangga, kulat, dan virus dan untuk dimakan oleh herbivor invertebrat dan vertebrat. Melalui evolusi masa, fungsi tumbuhan menjadi pelbagai. Pigment /Warna (Anthocyanins) dalam tisu bunga dan sayuran merangkumi pelbagai warna dari kuning hingga ke biru. Ia yang ditemui didalam kelopak dan butiran debunga bunga menarik serangga pendebunga dan burung yang melawat untuk mencari makanan.

Flavonoid didalam sel-sel kulit luaran (epidermal cells), seperti flavones dan flavonols yang jelas kelihatan tanpa berwarna, berkhidmat sebagai perisai ultraungu (ultraviolet shields) bagi sel-sel asas. Asas utama rantai polymer flavonoids (Proanthocyanidins) berkumpul dalam vacuoles sel-sel kortikal, kot benih dan tisu sekunder seperti kulit kayu, di mana mereka membentuk campuran pigmen hitam coklat kemerahan yang dipanggil tannin pekat dalam dinding. Isoflavonoids dan flavones dirembeskan ke dalam lapisan tanah sekitar dan berfungsi sebagai isyarat dalam interaksi antara akar tumbuhan dan bakteria pengikat nitrogen untuk membentuk ketulan (nodules). Semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan neningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo Biloba dan Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi dalam buah Tunjuk Langit mengandungi enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti pengoksidaan.


-   Melancarkan pengaliran darah terutamanya mencegah saluran darah daripada tersumbat-Mengurangkan kandungan tahap kolestrol serta mengurangkan penimbunan lemak pada dinding saluran darah.

Keadaan isi buah tunjuk langit

-   Mengurangkan kadar risiko penyakit koronari jantung.

-    Tindakan anti-inflamasi yang berkesan, menggalakkan pertumbuhan anti inflamasi dalam system tubuh badan yang berkenaan.

-   Membantu mengurangkan kesakitan, pendarahan, lebam dan juga mengurangkan kecederaan tisu baban.

-   Bertindak sebagai anti pengoksidaan.-Mempunyai fungsi penyingkiran Radikal Bebas (Free Radical)

2. SAPONINS

Saponins seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah. Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .Enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Tunjuk Langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana meningkatkan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah. Kandungan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjung dunia iaitu herba Ginseng Panax.

-   Menjadi agen penghalang penyakit barah dan mengurangkan lemak badan / kolestrol.-Meningkatkan system imuniti dan mempertingkatkan kecergasan.

-   Mengurangkan pembekuan darah dan tahap gula dalam darah.

-   Menguatkan fungsi jantung dan melambatkan proses pembekuan darah. Di samping itu, SKY FRUIT juga mengandungi pelbagai sumber semulajadi seperti protiem, mineral, vitamin, enzim, karbohidrat, asid lemak perlu dan beberapa zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan.

Keistimewaan SKY FRUIT adalah kandungan semula jadi yang diperolehi mudah terhadam dan diserap oleh tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.

3.   BITTER ALKOLOIDS

BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan. Ia juga adalah unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Biji Tunjuk Langit adalah pahit jika dimakan begitu saja. Rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkoloids yang tinggi di mana ini membuatkan darah di dalam badan terasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

KHASIAT KOPI GUARANA







Khasiat Guarana

Guarana mengandungi Guaranin, asid amino, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. Ianya juga sesuai untuk semua peringkat umur tanpa mengira jantina. Selain itu, ianya juga mampu menyerap dan bertindak balas dengan pantas di dalam tubuh manusia. Oleh itu, pengguna boleh merasai khasiat - khasiat seperti berikut :-
  • Menurunkan Berat Badan
Amalan pengambilan guarana mampu mengurangkan selera makan sekaligus dapat mengawal kuantiti pengambilan makanan. Bukan itu sahaja, guarana juga dikatakan mampu membakar lemak dalam badan sekaligus mengatasi masalah kegemukan.
  • Membantu meningkatkan tenaga seksual
Guarana juga dikatakan mampu meningkatkan tenaga seksual lebih - lebih lagi dengan campuran kopi. Ini kerana, pengaruh kafein yang terkandung di dalam guarana dan kopi mampu meningkatkan tenaga sekaligus meransang tenaga seksual.
  • Menghilangkan sakit kepala dan migrain
Kajian pada tahun 1997 membuktikan bahawa guarana boleh dijadikan ubat penahan sakit. Ini kerana, ianya bukan sahaja mampu merawati penyakit migrain malah mampu menyembuhkan penyakit sendi, mencegah gastrik, ulcer, hopotemia dan melancarkan sistem pencernaan badan melalui penyerapan nutrien.
  • Meransang otak dan menguatkan daya ingatan
Kajian dari Brazil menunjukkan guarana mampun meningkatkan daya ingatan kerana biji benihnya mengandungi sejenis minyak yang baik untuk meransang otak. Ianya amat sesuai di amalkan oleh para pelajar untuk menguatkan daya ingatan dan memori.
  • Memberi tenaga dan mengurangkan keletihan
Di Brazil penduduknya menjadikan guarana sebagai makanan sampingan utama untuk menambahkan tenaga dan mengurangkan keletihan. Guarana dikatakan mampu meningkatkan gula (glukosa) darah sekaligus membantu dalam penghasilan tenaga.

KHASIAT KULIT MANGGIS







Tahukah anda manggis mempunyai banyak khasiat terutama di bahagian kulitnya? Petua kulit manggis adalah seperti begini. Kulit manggis dijemur sampai kering dan dijadikan serbuk. Kemudian masukkan ke dalam kapsul. Diambil setiap hari sebagai makanan tambahan kesihatan.

 Antara Kebaikan Kulit Manggis



1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)

2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)

3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf )

4. Anti-ulcer (stomach,mouth and bowel ulcers)

5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)

6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/ panik/cemas)

7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)

8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)... shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.

9. Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system

10. Anti-aging(Anti penuaan)

11. Anti-oxidant( Buang toxic dalam badan)

12. Anti-viral (membunuh kuman)

13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)

14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggelakkan kulat)

15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantik kan kulit)

16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol jahat)

17. Anti-atheroscleroti c (prevents hardening of arteries)

18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)

19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)

20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, mengurangkan gula dalam darah)

21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)

22. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)

23. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)

24. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)

25. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)

26. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)

27. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)

28. Anti-Parkinsonism

29. Anti-diarrheal diseases

30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)

31. Anti-vertigo (prevents dizziness)

32. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)

33. Anti-cataract (prevents cataracts) -sejenis penyakit mata yang menyebabkan rabun teruk.

34. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi
seluruh badan.

UNTUK MERAWAT GOUT..


Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni.

Caranya :

1. Ambil buah manggis

2. Kupas

3. Isi dia enak di makan

4. Kalau sebelum ini kulit hanya dimasukkan dalam tong sampah, tapi lebih baik ambil kulit itu dan hiris nipis2 macam asam keping dan jemur sampai kering.

5. Bila-bila masa, ambil air panas, 2 atau 3 hirisan kulit manggis tersebut direndam buat seketika. Sedia di minum apabila menjadi suam.

6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.


SERAI


Khasiat Serai dan Kegunaanya


Serai atau lemongrass (Graminae)

Manfaat Serai Pada Kesihatan
Cymbopogon ciatrussyn:  Andropogon schoenanthusKeluarga :  Fam Gramineae
Nama Lain : Camel’s Hay, Citronella, Geranium Grass, Cochin Grass, Sereh (powder), (Bahasa Perancis)  herbe de citron, (Jerman)  Zitronengras, (Itali), Erba di Limone, (Bahasa Sepanyol), hierba de Limon, (India) bhustrina,Sera, (Indonesia), layusereh, (Laos), bai mak NÃO, (Sinhalese) Sera, (Thai) takrai.
PENGENALAN
Serai ialah rumput tropika yang tumbuh  tinggi. Batang dan daun segarnya mempunyai bauan seperti lemon yang segar kerana ia mengandungi minyak pati, yang turut hadir sama seperti semasa mengupas lemon. Daun yang panjang seperti lembing di bahagian atas dan berpejal beberapa inci panjang pada bahagian akhir sebelum akar.  Sebagairempahserai segar dipilih kerana rasa keharumannya.Bahagian berpejal ini dihiris atau ditumbuk dan digunakan dalam masakanSerai (Cymbopogon sp.) boleh di golongkan sebagai sejenis rumput berumpun besar dan berakar besar. Keistimewaan serai adalah kerana semua bahagian seperti daun, batang, akar dan bunganyaberpotensi untuk dijadikan sebagai ubatan Serai, umumnya dikenali sebagai tumbuhan yang akar dan batangnya sering digunakan sebagai rempah penyedap masakan
Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumpun. Tumbuhan ini boleh tumbuh subur di cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar 2 hingga 4 meter. Terdapat dua jenis serai yang biasa digunakan oleh pengamal perubatan dan rawatan tradisional untuk dijadikan ubatan iaitu;
a)   Serai biasa(Cymbopogon citratus)b)   Serai wangi (Cymbopogon nardus).

Tanaman serai digunakan dalam pelbagai kebudayaan. Bahagian dari tanaman ini yang boleh digunakan untuk herba termasuk akar, batang, dan daun. Minyak asiri dari tumbuhan ini banyak digunakan dalam industri kosmetik untuk pembuatan minyak wangi dan sabun.
Penyediaan dan PenyimpananJika menggunakan serai segar, hanya gunakan bahagian batang umbi berpejal. Ia boleh ditumbuk atau dihiris halus dan digunakan keseluruhan. Jika menggunakan dalam bentuk serbuk, gunakan hanya satu sudu teh kerana ia sama seperti menggunakan satu tangkai segar. Adalah dinasihatkan untuk merendam potongan atau kepingan serai yang telah di keringkan sekurang kurangnya  dua jam sebelum menggunakannyaSerai yang dibaluti  dengan kertas atau di dalam beg kertas, boleh bertahan sehingga 2 ke 3 minggu di dalam peti sejuk. Batangnya juga boleh dibekukan untuk kegunaan beberapa bulan kemudiannya. Sentiasa membalut dan menyimpan seraicsecara berasingan, kerana serai mampu menyebarkan rasa dan aromanya kepada makanan lain.Kegunaan Dalam Masakan         Serai merupakan ciri utama masakan hidangan kari daging, ayam, makanan laut dan sayur-sayuran di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka dan IndiaIa sebati dengan masakan bersantanterutamanya dengan ayam atau makanan laut,dan terdapat pelbagai resipi yang tidak terkira dari Thai dan Sri Lanka yang mengeksploitasi kombinasi iniBatang yang telah dibiak juga digunakan di dalam teh atau digunakan dalam jeruk dan dalam perisa marinades.PENGGUNAAN Dalam Kesihatan
Serai dianggap diuretik, tonik dan perangsangIamenggalakkan penghadaman yang baikdan penyediaanserai dengan lada telah digunakan untuk melegakanmasalah haid dan rasa loyaIa mendorong pengeluaranpeluhuntuk menyejukkan badan dan mengurangkandemamIanya terkenal sebagai penghalau serangga(citronella) dan minyak patinya digunakan dalam menghasilminyak wangi.Serai (Cymbopogon ciatrus) juga dikenali sebagai Rumput citronella, Rush Sweet atau Demam. Ia adalah herba ajaib dengan beberapa nilai-nilai terapeutik dan kuasa penyembuhan.Manafaat kesihatan serai merangkumi pelbagai ciri terapeutik dan tindakan penyembuhan dari herba ini, termasuk diuretik, antiseptik, analgesik, pengeluar angin, penenang saraf, galactogogue, tonik, sedatif, antidepresan, penghalang bakteria, penghapus kulat, antimikrobial, penurun panas badan, astringen, menghapus bauan busuk (deodoran) dan banyak lagi yang lain.Yang pasti, faedah serai diperolehi daripada kandungan yang sangat kaya dengan ubatan herba: terutamanya antioksidan, beta karotena dan vitamin lain, sejumlah unsur-mikro (microelemen) dan lain-lain nutrisi. Senarai kegunaan perubatan herba ini diantaranya :
v  Serai telah berabad-abad lamanya digunakan sebagai perangsang sistem imun yang berkesan dan sebagai pencegah gangguan dan penyakit-penyakit serius.v  Herba semulajadi ini dapat membantu mencegah pelbagaimasalah bersangkutan pencernaan termasuk gastroenteritis, senak, hilang selera makan, angin, kembung perut dan sebagainya.v  Produk serai boleh digunakan untuk merangsang peredaran darah dan merendahkan tekanan darah.v  Salah satu daripada manafaat serai untuk kesihatan yang paling penting ialah merendahkan paras kolesterol LDL dalam darah.v  Penyelidikan menunjukkan bahawa serai mempunyai kuasa anti-kanser yang besar dan boleh melindungi terhadap beberapa jenis kanser termasuk kanser kolon.v  Manafaat serai termasuk ciri-ciri antibakteria dan antikulat.v  Ini adalah salah satu remedi herba yang boleh digunakan untukmengurangkan demam. Di samping itu, penyembuhan yang menggandungi serai berkesan dalam merawat batuk, selsema, bronkitis dan penyakit-penyakit lain.v  Penggunaan infusi serai dan minyak serai dapat mengurangkan keterukan sakit artritis dan reumatisme.v  Manfaat kesihatan diuretik serai dapat membantu memperbaiki fungsi buah pinggang dan pundi kencing, serta merangsang detoksifikasi dan mempercepatkan penyingkiran toksin daripada badan.v  Herba serai boleh digunakan untuk melega gejala tekanan seperti ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, dan sebagainya.v  Faedah Kesihatan serai termasuk melegakan insomnia dan gangguan tidur.v  Herba serai disyorkan kepada wanita yang mengalami PMS yang teruk atau gangguan pusingan haid.v  Serai dapat digunakan bagi menyelaras (toning) otot dan tisu.v  Manafaat serai termasuk kesan positif rawatan keatas kulit:mencegah radang kulit, membantu menghilangkan radang bintik, jerawat, meredakan kesakitan ekzema, dermatitis dan sebagainya.
v   penghalau nyamuk / penyembur kimia: Banyak dikomesialkan sebagai minyak Citronella dan lilin untukmenghalau serangga, nyamuk dan pengharum rumah.
v  Perisa Makanan: Minyak Citronella juga digunakan sebagai agen perasa makanan, minuman, barang-barang bakar, bijirin, gula-gula, produk tenusu gelatin dan puding.
v   Veterinar: Minyak sebagai sebahagian dari komponen bahan menghalang anjing dari mengawan.
v  Aromaterapi: Juga digunakan dalam aromaterapi.Sumbangan Sebagai Ubatan
Serai mempunyai banyak kegunaan. Di antaranya ialah:-
Daun• Mencuci hanyir pada daging itik dan kambing.• Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman dan bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin.• Daun serai dan jintan hitam digiling untuk di jadikan ‘paste’ bagi ditampal di dahi untuk melegakan sakit kepala seperti angin meriam dalam pantang bersalin. Campuran pada rempah ratus untuk di jadikan ‘paste’ bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.• Air rebusan daun serai digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi
Batang dan akar pokok serai digunakan untuk:-• Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecah gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).• Dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.• Sebagai makan harian berlauk, menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan pemakanan.• Campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.• Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.• Pencegah nyamuk dan gigitan bisa.• Di jadikan bahan wangian, syampu dan losyen.Bunga Serai sering di gunakan bagi:-• Pencegahan kehamilan manusia dan binatang.• Penyegar dan pelembab kulit (awet muda).• Kesihatan dan kesegaran rahim
KHASIAT SERAIBerikut ini merupakan beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:- Mencegah kanserSatu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.- Ubat gangguan pencernaanTeh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

- DetoksifikasiSerai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.- Manfaat pada sistem sarafMinyak asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.     - Menurunkan tekanan darah

Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.

- Sebagai analgesikSerai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi, jika seseorang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit-sakit, teh limau berserai pasti dapat membantu.


- Kulit indahSerai merupakan asas dalam industri kosmetik. Di antara manafaatnya ialah; mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.- Kesihatan wanitaPengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual._ Menyegarkan dan MenyejukanMeminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan.










tongkat ali


Tongkat Ali atau nama saintifiknya "Eurycoma Longifolia" acap kali dikaitkan dengan menguatkan tenaga batin. Terutamanya buat kaum Adam. Jadi, memang tak hairanlah jika pelbagai produk berasaskan Tongkat Ali ni berlambak di pasaran. Semuanya adalah kerana permintaan yang terlalu tinggi terhadapnya.


Pokok Tongkat Ali 

Menurut pengamal perubatan tradisional, khasiat Tongkat Ali amat sesuai untuk;

i. Menghilangkan rasa letih setelah melakukan aktiviti lasak atau kerja berat.

ii. Melancarkan peredaran darah dalam badan.


Namun begitu, pengambilan herba Tongkat Ali ni sebenarnya hanyalah bila perlu saja. Maknanya, anda patut mengambilnya sama ada sebelum ataupun selepas melakukan aktiviti lasak. Bukannya dijadikan sebagai amalan harian tau!


Cara-cara penggunaan herba Tongkat Ali:


1. Ambil akar tongkat ali.

2. Kemudian, bersihkan akarnya dahulu dan keringkan.

3. Setelah kering, racik akar Tongkat Ali tu halus-halus.

4. Seterusnya, anda ambillah sedikit saja akar yang telah diracik halus tadi.

5. Masukkannya dalam gelas yang berisi air panas dan biarkannya terendam.

6. Setelah air rendaman itu suam, tapiskannya ke dalam gelas lain.

Proses penapisan ini bertujuan mengasingkan serbuk akar Tongkat Ali yang ada di dalamnya. Ini kerana serbuk tersebut memang tak sesuai untuk diminum.

Sebabnya, serbuk tersebut sifatnya tak mudah hadam walaupun ia nampak halus. Ia juga dikhuatiri boleh mencalarkan saluran darah dan ada kalanya akan mendap dalam buah pinggang anda.

7. Setelah menapis air tersebut, barulah anda boleh meminumnya secara perlahan-lahan.



PEGAGA


Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti proteingentianzat besivitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.[perlu rujukan]
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. [perlu rujukan] Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.[4]
Antara khasiat lain pegaga adalah:[perlu rujukan]
  • penawar alahan
  • merawat asthma dan sesak nafas
  • merawat jangkitan paru-paru
  • merawat kegusaran dan kegigilan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit dan gastrik
  • menurunkan tekanan darah
Pegaga boleh dimaklumkan sebagai ulam yang bernutrisi dan berkhasiat. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak. Rasanya agak sedikit pahit, dan sering digunakan oleh orang Asia untuk memasak sebagai sayuran tambahan. Diakhir penyediaan hidangan seperti karimi goreng atau nasi goreng, penyudah hiasan makanan tersebut biasanya diletakkan hiasan seperti hirisan daun pegaga, dan daun bawang. Masyarakat Nusantara juga menjadikan ekstrak pegaga sebagai minuman herba atau tonik herba atau jamu. Pegaga juga sering dimakan bersama nasi putih yang berlauk-pauk, daun pegaga dicicah dengan sambal belacan juga dijadikan pencuci mulut tradisional yang sedap dan pedas. Masyarakat India pula menjadikan ekstrak daun pegaga sebagai minuman musim panas yang dicampur ais dinamakan “thandaayyee”.
Pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina.
Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda.[5]

STEVIA



Stevia (Stevia rebaudiana) yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan, bersifat saka jangka pendek dan boleh hidup selama tiga hingga lima tahun. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih secara keratin ataupun kultur tisu. Di negara beriklim sederhana, stevia ditanam menggunakan biji benih. Di Malaysia pula, kaedah menanam secara keratin lebih sesuai kerana pokoknya lebih seragam. Tambahan lagi, iklim tropika akan menyebabkan pengeluaran biji benih stevia kurang memuaskan.
Anak stevia diletakkan di tapak semaian selama sebulan hingga satu setengah bulan, sebelum dipindah ke ladang pada kepadatan 167,000 pokok sehektar. Petak penyelidikan MARDI di Serdang menempatkan tanaman stevia yang berumur 10 bulan dan masih membesar. Di Malaysia, stevia hanya tumbuh setinggi 30 sentimeter cm sebelum mula berbunga sebulan selepas ditanam (dalam iklim sederhana, stevia tumbuh setinggi 60 cm hingga 1 meter m sebelum mula berbunga). Stevia merupakan tumbuhan jangka siang pendek, menyebabkannya cepat berbunga sekiranya jangka siang tidak melebihi13 jam (jangka siang di Malaysia hanya 12 jam).
Teras penyelidikan MARDI ketika ini adalah untuk memilih varieti yang lebih sesuai dengan iklim tempatan, iaitu kurang peka terhadap jangka siang yang pendek, dan juga mereka bentuk mesin untuk penuaian hasil. Buat masa ini, aktiviti menuai dibuat secara manual kerana pokok ini amat rendah.  Keadaan ini boleh melenguh tulang belakang penuai terlibat.
Untuk mendapatkan kandungan maksimum bahan pemanis di dalam daun, penuaian dilakukan sebaik sahaja kudup bunga kelihatan. Bilangan tuaian boleh mencapai 10-11 kali setahun bergantung kepada pertumbuhan pokok.



MISAI KUCING




Kalau dilihat dari peribahasa ataupun kiasan Melayu yang dituturkan oleh generasi lama, memang menakjubkan. Bukan sahaja tepat pada sasarannya bahkan penggunaan perkataannya cukup halus dan berpadanan antara satu sama lain.
Keindahan ini turut mempengaruhi panggilan mereka kepada pokok atau tumbuhan yang ada di sekeliling kita.
Ada yang melucukan bila mendengarnya. Ada juga nama panggilan seseorang agak pelik, tetapi bersesuaian dengan rupa bentuk dan habitat flora tersebut.
Antaranya ialah pokok misai kucing. Panggilan ini mungkin berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing.Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.
Walau bagaimanapun pemberian nama panggilan tersebut oleh genarasi tua, bukanlah menggambarkan sekadar ’sembang-sembang di kedai kopi’.
Bahkan menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir,pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakitkencing manis dan batu karang.
“Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan,” katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.


Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut.
Tambahnya lagi, tumpuan di dalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.
“Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering,” ujarnya lagi.
Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.”Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis,” jelasnya.
Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok herba misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.
“Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisaran tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis kemudian dicampurkan dengan setengah air panas. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” ujarnya.